ZF Manufacturing ditubuhkan pada 10.01.11 oleh dua orang jurutera mekanikal bumiputra yang berpengalaman dalam bidang fabrikasi logam. Syarikat ini berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu KT0285839-M dan berpengkalan di Kota Bharu, Kelantan.
Syarikat ini pada amnya akan memulakan operasi dengan membuat kekuda bumbung besi dan akan mengembangkan perniagaan syarikat kepada kerja–kerja yang melibatkan kejuruteraan mekanikal pada masa akan datang.
Untuk memastikan syarikat ini berdaya saing dan mengeluarkan produk berkualiti, syarikat mengambil pekerja-pekerja yang berkepakaran tinggi dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang fabrikasi logam. Kami juga mempunyai pasukan pengurusan yang proaktif dan dinamik bagi membantu melicinkan perjalanan syarikat ini supaya menjadi syarikat bumiputra yang terunggul dalam bidang fabrikasi logam.